12.3.10

sarhan

kawan. kau teman.
teman yang hebat.
kawan. kau sahabat.
sahabat yang sejati.

hari ini, aku kehilangan.
kehilangan kau dalam reality.
kau pergi tinggal reality.
kau pergi alam kekal.

kawan. kau rakan.
rakan yang terbaik.
kawan. kau kawan.
kawan aku sampai mati.

hari ini, kau pergi.
di jemput Illahi.
tapi, kau tetap di hati.
kerana kau kawan hebat.

calar hati aku kau pergi.
pergi tanpa beritahu aku.
pergi dan tiada untuk akan datang.
pergi tinggal aku di sini.

doa aku buat kau,
moga di cucuri rahmatNya
moga di tempatkan di tempat orang beriman
moga kita jumpa di syurga kelak
moga kau tak lupa aku di sini.

AL-FATIHAH untuk AHMAD SARHAN B. AHMAD KHAN.

p/s ; kau sahabat yang hebat paan! aku sayang kau! aku rindu kau! ahh T_T
siapa nak gaduh, nak dengar luahan aku lepas ni.