31.3.10

perisa perasaan


orang pandang sini, cakap-cakap,
bisik-bisik, tenung-tenung.

.. diam, rasa awkward.

orang pandang sini, muka bengis,
tak puas rasa di hati, sentap.

.. diam, senyum kelat.

orang pandang sini, dengan gaya hebat,
senyuman sinis, sombong.

.. diam, tunduk bawah.

orang pandang sini, bisik-bisik, geleng kepala,
"aku lagi hebat. cis!", katanya.

.. diam, terasa pipi panas dengan air mata.
"aku juga punya hak dalam kehidupan".

tak layak kita nak hakimi hidup diri seseorang. kau siapa? hakim? tuhan? tidak bukan. aku dengan pasti jawab tidak. kau manusia yang tak lengkap serba-serbi. jangan tunjuk lagak toyol kau di sini. aku tak nak tambah noda hitam dalam buku kira-kira atas dasar bencikan kau.

..

kau punya episode sendiri, bikin lariskan kau punya filem. jangan kacau orang lain. aku harap kau mengerti; yang hidup ini kita yang corakkan sendiri gunakan lelah sendiri. tidak orang lain

p/s ; cuba bayangkan kondisi DIAM itu, kau. rasakannya. aku tahu perisanya.