31.3.10

muflis


seperti biasa,
aku sebagai ciptaan khilaf,
tamak untuk setiap kalinya.

*diam*

atau mungkin.
aku sudah merasa yang terpaling miskin, pada tika ini.

kekayaan aku pada gelak-tawa, cubit-cubit manja, muka-hodoh-tp-comel kau, bisikkan asyik mengasik kau. bahagia aku adalah definasi aku sendiri, dan tidak perlu di bandingkan dgn kamus kamu; kerana sesungguhnya itu cuma akan mendatangkan dengki gila.

pasti; aku sudah muflis.

*senyum pahit*

apa khabar nyawa aku di kejauhan? apakah dia masih teguh sudi dicinta aku? apa dia rindu sama penjaga raksasa yg jauh darinya? atau mungkin dia sudah walang habisan. aku risau di sini.

ah. cinta lelaki memang terlalu sakti. gerun aku.

pasti penat menjadi lelaki. kasihan sekali. menanggung komplikasi sang wanitanya, menahan segunung perasaannya, menjadi gila dan pulih semula. proses ini berganti saling. semata-mata untuk perempuan-perempuan yang seperti aku sifatnya.

entri hari ini aku dedikasikan untuk lelaki2 yang sentiasa memberi.
yang jarang dipandang sebagai perwira kerana pilihannya untuk sepi.
untuk lelaki2 yang utuh cintanya buat perempuan2 komplikasi.


buat kau yang paling aku cinta,
maafkan aku kerana tamakkan kamu, wahai raksasa hati.

kerana aku manusia biasa.
tamak.
dan aku wanita;
maka berganda.
aku mahu kau.. :(

terimakasih ; fynnjamal. kau buat aku sebak.