24.3.10

miskinnya aku .

aku tenung skrin laptop. gambar kami.
aku putar masa. balik kepada pendahuluan. aku dengan dia.
banyak usaha yang ditaburkan. banyak sabar yang dicarinya.

*senyum*

aku putar masa lagi. otak ligat fikir. kenapa aku dengannya sekarang?
apa yang buat hati aku terus gilakannya? apa yang buat aku miliknya sekarang?

*diam*

sejujurnya, dia. dia yang buat aku terus menerus cair tanpa di pinta. tiba-tiba, jiwa aku berdetik, "kau aku punya"
dari saat itu, aku nak, aku tanam kau dalam jantung aku. aku dah buka hati, dah sediakan tempat yang teratas untuk kau hadir dan berada di dalamnya dengan selesa. aku sumpah untuk terus buat kau selesa dan bahagia.

*diam*

aku putar masa lagi. berhenti. di sini, aku jumpanya buat kali pertama. aku ingat, dan tidak sekali lupa walaupon masa meratah hari-hari aku. aku tenung dia. terasa jiwa aku respon akannya. hati aku senyum pabila pandang wajahnya. you make all my organs smile. kita berjalan berdua bersama, kau buat aku gelak tawa. kau buat aku senang dan selamat. terima kasih cinta.

aku mahu cinta dia, aku bisik pada hati. hati setuju. hati gembira. hati bertaman. hati lega.

*senyum,mata berair*

Tuhan, terima kasih. Kau beri penjaga hati yang sempurna. aku terharu, hati aku terusik dek sayang Kau pada aku. dia baik, sangat baik. aku harap kau jaga hati ini sebaik mungkin ye penjaga hati.

*semakin sebak*

aku putar masa lagi. berhenti. di sini, kami mulakan episod cerita kami. bersama kemana pergi. apa itu cinta? cinta itu kami. kami berkimia, dan akan terus berkimia. aku mahu kau. kau mahu aku. ada orang dengki? hey anasir, kau pergi. aku tak perlu rasa tak puas hati kau. apa yang aku mahu dia dan kepercayaannya. bukan kesetanan kau.

*terbayang kau cinta*

melalui jalan ceritera ini berteman. dia yang teman aku, dia yang bawa aku. pimpin erat, tak ada ruang kosong lagi. semakin erat dia genggam, semakin ketat sayang aku padanya, semakin gagah cinta aku padanya. jiwa aku kuat dengan hadirnya dia. aku rebah bila dia cela. aku rabak bila dia sedih. kesannya pada aku dua kali ganda. aku harap kau kuat. kau hero dalam ceritera ini cinta.
kita perlu khabarkan pada zuriat nanti betapa gagahnya hero dan heroin ceritera ini. kuatlah. aku doakan kita kuat melawan masa.

*air mata kalah,jatuh*

aku berada di alam reality bukan masa lampau. aku di sini, kau di sana. jauh bukan masalahnya. masa yang lama bukan penghalang. pasakkan kekuatan sayang. ini ujian, kita tempuh bersama. iyaa?
aku tak putar masa, aku di sini. di hadapan skrin. wajahnya terbayang-bayang. teringat memori yang disimpan bersama. teringat kata-kata yang selalu dikatakan kepadaku. teringat segala ragam dia. teringat bisikannya yang buat aku asyik. teringat dia yang mencuri jiwa aku.

*tahan air mata*

hey awak.. saya takut kehilangan awak..
amat sangat takut..

*makin deras air mata*

hey awak..
ampunkan saya buat awak cela..
ampunkan saya buat awak perlu cari kesabaran untuk tempoh masa yang gila ini..
ampunkan saya..

*esakkan yang dengar,kuat*

saya pinta, jangan jauh dari saya..
rebah kuat nanti.. sakitnya pasti dalam..
saya pinta, bertahan untuk bersama..
saya pinta, hadir dalam jiwa saya buat selamanya..

*air mata masih menderu*

sayang..
saya mahu awak..
saya takut nanti awak pergi dari saya..
saya mahu awak..
saya rindu awak tahapnya tak dapat di ungkapkan..
saya cinta awak tahapnya tak dapat di ekspresikan..

cinta..
saya nak awak...

...

saya sunyi tanpa awak..
awak satu-satunya gula saya..

saya miskin tanpa awak..