14.3.10

kondisi

situasi pertama :

yang pergi tetap pergi. yang masih bernyawa akan teruskan hidup. ah, hidup ni memang tak adil. tak ada hakim yang dapat judge dengan adil. semua bagai kominis dalam diri sendiri. hmm, "macam ni la hidup. penuh onak duri suka duka. kita kena kuat tempuh semuanya" bila ajal datang, kita pergi. temui yg Esa. kita di bumi, menghitung hari untuk kembali kepada pencipta. hidup hidup.. *sigh

situasi kedua :

cinta. apa itu cinta? cinta itu hadir bila dua jiwa bersatu dan membentuk satu compound yang di namakan cinta. abstrak dan puitis. biarlah orang nak cakap apa-apa pada aku. aku bahagia sekarang. manusia memang tak akan diam selagi dia tak nampak kejatuhan orang lain. ah, dengki. itu yang tepat. tapi aku, aku akan berusaha untuk gagah dalam hubungan ini. aku kuat, dia pon kuat. doakan kebahagian aku yea. :)

situasi ketiga :

sahabat. teman. rakan. kawan. lain perkataan, tapi makna yang sama. aku punya kawan yang memang kawan. tiada yang tikam dari belakang. mungkin faktor sekeliling yang mendewasakan kita. dulu, kawan atas dasar "kau cantik!" "kau pandai!" "kau glamor" "kau handsome" sekarang tak. kawan atas dasar melengkapi hidup. berjuta terima kasih teman!

situasi keempat :

pelajaran. university. institut pengajian tinggi. hmm, aku dah besar sekarang. aku dah berdikari. perlu pandai jaga diri. ingat taty :)

p/s ; apa motif aku post benda ni. hmm, ntah. banyak yang aku fikir sekarang.
MyEm0.Com