31.3.10

..

hari-hari sesak dengan kerja.
sang malam datang, tapi sepi.
hati memberontak. ah, biarkan.
hari-hari sesak dengan kerja.
sang malam datang, dan pergi.
jiwa mahukannya. ah, nantilah.

sabarlah, tahu ianya sukar.
senangnya omong, bukan kau yg rasa.
sabarlah, ini memang lumrah.
senangnya bersuara, bukan kau yg rasa.

pergilah, kalau kau cela.
pergilah, kalau kau lemah.
pergilah, aku tak paksa.
aku terima, pergilah.

hey, aku dah biasa macam ni.
hey, aku bukan konkrit.
hey, aku dah biasa macam ni.
hey, aku bukan hipokrit.

pergilah, kalau aku yg mendurjanakan kau.
pergilah, kalau aku yg mewalangkan kau.
ampunkan aku.

aku mahu kau senyum, gembira.
tak ada sedikit pon rasa sakit di hati.
ampunkan aku.

p/s ; aku rasa lain. hey, tolong.. jgn ubahnya. aku tak suka perubahan drastik.