28.3.10

BANYAK


hidup ini BANYAK belajar.
tak kisah lah kita buat salah.
hidup ini BANYAK belajar.

hey, kita masih amatur.


sembilan-belas tahun hidup,
cukup kah pengalaman kita?
aku tak rasa cukup untuk tampal segala coretan kisah hidup sebagai manusia.
masih ada yang kurang, masih ada yang perlu ditambah, masih ada yang perlu dibuat perubahan.

tak nak berubah? hey! aku tak paksa.

ikut kata hati. perubahan perlukan keikhlasan.
baru kita nampak nur kejayaannya nanti.

*tersenyum*


aku tahu kau kuat.

aku tahu kau gagah.

aku tahu kau perkasa.

aku mahu kau kuat.

aku mahu kau gagah.

aku mahu kau perkasa.

tak ada yang mustahil di dunia ini.
teruskan dengan niat kau kalau itu yang bagus untuk kau.
kau yang pegang pensil warna, kau yang corakkan kehidupan kau.
aku di belakang, sokong kau, bantu kau, sayang kau.

p/s ; senyumlah. dunia akan senyum bersamamu. :)