23.2.10

HAWA

HAWA,

seorang Hawa sanggup bekorban untuk Adamnya,
sanggup berdiri, bersama-sama, bersuka dan berduka dengan Adamnya,
seorang Hawa sanggup susah payah demi cintanya untuk Adam,
sanggup berlayar jauh dengan hati terbuka saing Adamnya,
seorang Hawa tidak akan mengeluh di hadapan Adamnya,
sanggup sembunyikan resah duri di hati dan ditanggungnya sendiri,

Hawa itu punya hati,
hati yang rapuh dan lembut.
lembut tak bermakna boleh dimainkan.
Hawa punya hati yang setia,
setia bersama-sama Adam,
Adam hanya satu untuknya tiada yang lain.

Adam,
fahamilah, dalamilah, dan lindungilah Hawamu
hatinya rapuh dan penah hancur,
hanya awak yang mampu ubatinya walaupun awak penyebab akan hatinya lebur
Adam,
pergilah kepada Hawamu
maaf perkara yang mampu dipinta walaupun ia hanyalah kata-kata

factor entry ini wujud disebabkan keadaan sekeliling. FULLSTOP.