28.2.10

hati berdetik ..

hai.
usai melihat langit cerah.
aku berblogging. ingin luahan rasa hati.
tak nak baca, pegi. aku tak paksa dan jgn paksa diri.
_____________________________________________________

nur izzatiee,
seorang gadis yang aku rasa compilcated. *dari point of view saya*
seorang yang amat amat sangat sangat menyayangi apa yang disayangi.
baginya, mereka mereka yang disayangi terlalu penting dalam hidup.

nur izzatiee,
double z, double e. pelik. sepelik tuan nama itu.
suka fikirkan sesuatu secara mendalam dan akan fikir
selagi benda itu tak memuaskan hatinya. walaupun
hal yang di fikirkan hanya biasa dan kecil. *Ah*

nur izzatiee,
kehidupannya senang didampingi mereka di sekeliling.
dia gembira untuk mereka.
dia sedih juga untuk mereka.
"awak terlalu pelik lah"

mungkin tiada yang kenal dia sedalamnya.
mungkin juga dia sendiri tak kenal siapa dirinya.
hidup selama lapanbelas tahun, mungkin tak cukup untuknya
belajar mengenal siapa dirinya yang sebenar-benarnya.

aku, aku bukan kau bukan awak bukan anda.
aku senang fikirkan orang lain kerana itu memang aku.
walaupun sesetengah hal itu kecil, tapi ia bermakna.
ada kaitan dengan hidup, ada kaitan dengan sekeliling.

aku, saya bukan kalian.
hidup aku bergantung pada kalian. kalian yang bahagiakan aku.
aku perlu fikir, apa perlu buat kalian bahagia, senyum gembira.
aku perlu fikir, apa yang patut di buat selama aku dengan kalian.
aku perlu fikir, apa cara untuk jaga hati kalian supaya tiada yang luka.
aku perlu fikir, perlu, hanya untuk kalian.

aku, nur izzatiee. double e double z.
perlu kalian dalam hidup.
aku rebah tanpa kalian, aku lemah. aku tak kuat.
dan kerana itu, aku kuat berfikir.
"apakah aku dah cukup membahagiakan kalian?"
"apa salah aku?"
"apa aku perlu buat untuk tidak sakitkan hati siapasiapa?"

aku, saya, nur izzatiee.
aku perlu kalian.
cintahati, kawankawan, keluarga, sekeliling yang dikenali dan mengenali.
bila aku selalu fikirkan kalian, hati senyum. gembira. teruja.
kalian hebat, mantap! aku lemah, rapuh.
kita saling melengkapi. itu yang aku suka dan sangat suka.

bila hati sayu, walang. tak kenal erti normal.
kalian ada di sisi,
sanggup pinjamkan telinga untuk dengar aku.
sanggup pinjam bahu untuk air mata aku.
sanggup di sisi untuk kuatkan aku. *ah*

ya Tuhan,
Kau Maha Hebat. bantu akuu.
pimpin akuu untuk kuat.


p/s : ah, entry awal pagi memang emo.